Sunday, May 10, 2015

Hikayat Inderaputera



KLIK BUTANG PLAY DI BAWAH UNTUK MEMULAKAN CERITA
KLIK SINI JIKA GAGAL UNTUK PLAY

  HIKAYAT INDERAPUTERA
(DISENGGARA OLEH ALI HAJI AHMAD)

Cerita ini mengisahkan kehebatan dan keistimewaan Inderaputera yang dikatakan gagah perkasa.


Inderaputera juga pernah berjalan dalam laut lalu bertemu
 dengan Dewa Langkurba dan Derma Gangga.


Semasa bertemu dengan Derma Gangga, beliau telah diberi 



panah sakti dan hikmah ulubalang. 




Di dalam laut juga, Inderaputera memperoleh kain sutera rambuti.



Inderaputera pernah berjalan di dalam gua selama sebulan dan berjaya membunuh gergasi bernama Mamdu yang sebelum itu tidak dapat dibunuh oleh Raja Talela Syah.


Ayahanda Inderaputera bernama Raja Bikrama Puspa dan bondanya bernama Tuan Puteri Jamjam Ratna Dewi. 


Raja Bikrama menjemput ahli nujum ke istana untuk menilik masa depan anakandanya. Menurut tilikan nujum, Inderaputera akan memerintah kerajaan yang besar tetapi dilarang bermain dengan binatang kerana dibimbangi akan terjadi sesuatu yang buruk. 


Apabila besar, Inderaputera dihantar mengaji selama tujuh tahun kepada seorang mualim bernama Bersapian.


Pada suatu ketika Raja Bikrama Buspa menerima kehadiran dua orang utusan ufti yang terdiri daripada tukang emas dan tukang kayu yang mahir lagi hebat. 

Si tukang kayu mengukirkan seekor ikan yang indah seperti ikan hidup.


Ikan itu boleh ketawa, berpantun dan berseloka apabila diletakkan di dalam air. 






Inderaputera yang diterbangkan telah dijatuhkan oleh merak emas di sebuah negeri dalam sebuah kebun Nenek Kebayan. 


Nenek Kebayan yang pulang daripada berjual bunga menjumpai Inderaputera di dalam kebunnya. 


Inderaputera menceritakan kisahnya kepada Nenek Kebayan. 


Nenek Kebayan yang tiada cucu memelihara Inderaputera seperti cucunya sendiri dengan penuh kasih sayang. Sepanjang itu, rezeki nenek kebayan bertambah murah. 



Suatu hari, Nenek Kebayan membawa Inderaputera berjumpa dengan Perdana Menteri. Perdana Menteri tertarik dengan budi bahasa Inderaputera yang begitu elok sekali. 


Lalu Perdana Menteri meminta kepada Nenek Kebayan untuk menjadikan Inderaputera anak angkatnya hanya pada sebelah siang. Nenek Kebayan akhirnya bersetuju walaupun berat hati. 


Akhirnya Inderaputera membesar di bawah jagaan Nenek Kebayan dan Perdana Menteri.